Tiada penyakit yang lebih mneyakitkan kecuali sakitnya ketika menghadapi sakratul maut(mati).Persoalannya,sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya. Sudah cukupkah amal dan bekal kita untuk dibawa ke sana bagi menghadapi sebuah kehidupan yang sangat panjang(alam kubur).Jika jawapannya belum sedia habis tu bilakah lagi kita akan bersedia adakah apabila kita sudah mahu bergerak adakah mahu tunggu jika penglihatan sudah mula kabur,telinga sudah kurang pendengaran baru mahu ingat tuhan,baru mahu kenal pahal dosan,mahu kenal halal haram,sunat wajib dan sebagainya.
Mengapakah tidak di usia mudamu.Sedangkan ketika di usia itu semuanya kamu mampu mamou melakukannya.Sewaktu itu,semuanya masih sihat dan kuat mengapa apabila tiba usia tuamu datang baru mahu ingat pada tuhan.
Kita sering lihat di dada akhbar.media massa dan sebagainya mengenai kematian.Ada yang mati akibat kamalangan,sambar petir,lamas dan sebagainya.Tetapi persoalannya sekarang ini,adakah kita tahu bagaimana pengahkiran kita di dunia.Adakah sama macam mereka sudah tentu sesekali tidak kerana itu adalah rahsia Dia hanya Dia iaitu allah s.w.t sahaja yang mengetahui pengakhiran bagaimana dan di mana??
Seandainya,kita tahu bilakah saat tibanya mati pasti kita akan bersedia mencari segala apa untuk dijadikan bekal untuk di bawa ke sana sepertimana seorang banduan yang akan dihukum gantung di mana mereka akan berusaha mengumpul sebanyak mungkin pahala untuk di buat bekal tetapi disebabkan kita tidak tahulah menyebabkan kita sering lalai dan alpa sehingga lupa tanggung jawab kita sebagai hamba.
Allah berfirman yang mafhumnya:
"tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untk beribadat".
(surah az-zariyyah:56)
Persoalannya mengapakah ada segelintir dari masyarakat kita khususnya golongan muda yang menganggap kematian adalah benda yang enteng dan boleh di buat main.Tetapi ada juga yang boleh memberi jaminan yang nyawa masih panjang dan lama lagi nak matinak pergi masjid bagai.Masjid itu untuk orang tua-tua je yang bila-bila masa nyawa boleh diragut keluar dari jasad.Maaf bahasa yang agak kasar namun itulah realitinya dunia zaman sekarang.Kita juga dapat lihat bahawa apabila kita ke masjid kita akan lihat satu fenomena yang ramai di masjid adalah golongan tua.Habistu ke manakah perginya warga muda mudi.
Apabila semua makhluk telah dibangkitkan dan dikumpulkan di suatu tempat yang bernama mahsyar.Tibalah ketika itu tidak akan terlepas seorang pun dari kalangan kamu untuk menjawab segala pertanyaan dari tuhan kamu iaitu Allah s.w.t antaranya soalan yang akan ditanya ialah dimana kah usia mudamu di habiskan.Apakah akan terjawab soalan itu.Jika tidak bagaimana.Nauzubillahi minzalik...
Harus diingatkan bahawa kematian itu tidak mengira usia ada yang mati sewaktu masih lagi di dalam kandungan di mana ketika itu tidk sempat melihat dunia hatta untuk melihat wajah suci ayah dan ibu yang mengandungkannya namun apabila sudah tiba masanya tiada sesiapa boleh menghalangnya.
Rasulullah pernah memberitahu pada sahabat bahawa umur umatku di akhir zaman tidak panjang seperti umat nabi terdahulu.Mudah-mudahan kita dimatikan dengan cara baik(khusnul khatimah)dan dijauhkan dari dimatikan dengan cara yang buruk(su'ul khatimah)..Nauzubillahi minzalik..
No comments:
Post a Comment