1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang
unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang
beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi
mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai
lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali
menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan
sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan
harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja,
supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat
manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan
wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan
dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan
kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki
secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana
ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita
solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita
solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun
tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah
menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab
wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu
dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak
disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang
cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam
keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat
membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi
kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan
perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa
ini:
.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Baiklah saudari dan saudara.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa
yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu
pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup.
Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di
mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada
hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan
memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud
supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik
jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama
lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan
bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta
kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap
keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para
hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan,
keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya
yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam..
Semoga bermanfa'at
Salah Dan Hilaf andai ada kata yg kurang berkenan mohon ma'afkan
Ana Andhika Al-banjari Mtp Insaniah Fakir Hamba Allah yg tiada
daya dan Upaya,
yg benar itu datangnya daripada Allah SWT,dan yg salah itu
datangnya daripada
kelemahan diri ana pula..